Thursday 31 March 2011

VisitCard - Sample

Bagi pelanggan-pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan rawatan muka atau badan, anda akan menerima Customer Visiting Card di mana bagi setiap empat kali rawatan, anda akan mendapat rawatan percuma bagi kali kelima. Kad diberikan secara percuma dan apa yang anda perlu lakukan ialah kemukakan kepada kami untuk dicop setiap kali selepas rawatan.... mudah sahaja dan selamat mencuba perkhidmatan kami.

Sunday 20 March 2011

BellezaSalon... Outlet kami telah siap untuk menerima pelanggan

Assalamualaikum semua... alhamdulillah selepas hampir 1 bulan bertungkus lumus membuat persiapan bagi memulakan perniagaan, insyaallah saya berjaya menjadikan outlet ini sebagai sebuah pusat salon yang mampu memberikan kepuasan kepada pelanggan-pelanggan yang datang berkunjung. Suasana baru dan ceria adalah tujuan penambahbaikan outlet ini. Dengan peralatan-peralatan moden dan terkini, saya akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda semua. Begitu juga dengan produk-produk yang ditawarkan kepada anda.. anda mungkin akan menemui sesuatu yang anda hajati di kedai kami. Silalah berkunjung ye... Liza @ BellezaSalon.

Katil bagi rawatan muka


Katil untuk urutan

Ruang menunggu

Kaunter hadapan dan produk-produk yang dijual


Monday 14 March 2011

BellezaSalon... CollaB'utee Collagen

Dapatkan di BellezaSalon sekarang dengan harga yang menarik...


Sejenis minuman kecantikan dan kesihatan yang berasaskan Hidrolisis Kolagen Laut yang mengandungi ramuan yang istimewa khusus untuk : ANJAL + BERSERI + AWET MUDA. Setiap pek 10g Collab'utee yang diformulasikan di Jepun terdiri daripada kolagen, vitamin C dan perisa strawberi.

Siapa yang memerlukan Collab'utee?

• Wanita berusia 25 tahun ke atas:
• Wanita yang mengidamkan payudara yang montok;
• Wanita yang memiliki kulit muka yang berseri dan gebu;
• Wanita yang ingin menegangkan dan mengurangkan kedutan kulit;
• Wanita yang terdedah kepada pancaran matahari terik;
• Wanita yang mengalami masalah hormon kurang stabil;
• Wanita yang ingin memiliki tona kulit yang sekata, bebas dari pigmentasi dan jeragat.


Cadangan Pengambilan:

3 bulan pertama:
1 bungkus, 2 kali sehari untuk (sebelum sarapan & sebelum tidur).
Selepas 3 bulan:
1 bungkus setiap hari (sebelum sarapan).


Komponen-komponen Penting Dalam Collab'utee:


• Hydrolysed Marine Collagen - Sumber kolagen dari ikan laut dalam, mempunyai daya keterlarutan tinggi, mudah dihadam dan berdaya serapan kelembapan yang rendah;
• L-Arginine - Bahan utama bagi pembaikpulih tisu dan tulang yang rosak;
• L-Lysine - Asid amino untuk pertumbuhan dan pemulihan tisu badan;
• Oligo - Membersihkan usus dan melegakan sembelit;
• Protein Soya - Sumber protein bagi pembinaan semula sel badan;
• Ekstrak Soya (Isoflavones) - Menegangkan payudara dan menyeimbangkan hormon.

Khasiat & Kebaikan CollaB’utee:

• Mencantik, menghalus dan menggebukan kulit.
• Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung.
• Melambatkan proses penuaan.
• Merapatkan vagina dan mengeratkan hubungan suami isteri.
• Mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah.
• Mencerahkan kulit secara semulajadi.
• Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut.
• Membantu mengurangkan keguguran rambut.
• Melancarkan peredaran darah dalam badan.
• Mengimbangi berat badan.
• Meningkatkan daya penghadaman.
• Mengurangkan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot.
• Membantu mengimbangi hormon.
• Memberi tenaga

Amaran:

CollaB’utee tidak sesuai untuk:


• Wanita sedang mengandung; dan
• Wanita sedang menyusukan anak

BellezaSalon... iiieeeeee Lintah

Sunday 13 March 2011

BellezaSalon... Promo Pembukaan

Belleza Salon... Suatu Pengenalan

Assalamualaikum...

Selamat datang ke blog BellezaSalon. Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan kemaafan kepada anda semua kerana mendapati blog ini masih lagi di dalam pembinaan. Sebenarnya Salon ini telah beroperasi semenjak 1 Mac 2011 yang dahulunya menggunapakai nama Jelita Mas Beauty. Anda mungkin pernah mendengar nama ini terutama bagi yang tinggal di Bandar Baru Bangi. Lokasi operasi BellezaSalon adalah di Arma Square, Sungai Merab... berhampiran Institut Perguruan Islam, Bangi. Pada masa sekarang, kami menyediakan perkhidmatan penjagaan muka dan penjualan produk, manakala pada masa akan datang insyaallah perkhidmatan urutan dan penjagaan rambut bagi wanita juga akan diperkenalkan.

Pertama sekali saya memperkenalkan diri saya... Saya Puan Noraliza Abdullah dan sekarang bekerja sebagai guru kecantikan (Matapelajaran Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut atau PMDR) di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang. Mempunyai pengalaman di dalam bidang ini selama 4 tahun dan bercita-cita untuk menceburi perniagaan perkhidmatan kecantikan.

Sebenarnya permulaan fasa perniagaan ini adalah daripada bawah dengan berbekalkan pengetahuan serba sedikit serta sokongan suami dan keluarga tersayang... Insyaallah kami akan berkembang dan maju di dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan dan kecantikan kepada kaum hawa.

Jadi janganlah segan dan malu untuk singgah di Salon kami, mungkin keperluan anda dapat kami penuhi...

Bilik Rawatan... dengan dua katil rawatan..

Ruang menunggu..


Wednesday 9 March 2011

BellezaSalon... In Progress

Tunggu ye kawan-kawan... Blog ini sedang dibina.... cuma promo je lebih. Sabar ye... insyaallah akan muncul satu perniagaan yang menumpukan perhatian hanya kepada kaum wanita sahaja.... Belleza Salon... Butik Kecantikan dan Kesihatan yang menyediakan perkhidmatan rawatan muka, penjagaan kesihatan serta jualan produk-produk kesihatan... khas hanya untuk wanita... kerana dirimu amat berharga...

Signboard belum naik lagi ni.....guna photoshop dulu sebelum yang real sampai...

BellezaSalon adalah pengedar tunggal CollaB'utee bagi kawasan Putrajaya

Tengah mengemas.... Kedai baru masuk katakan...

Warna cat yang lebih ceria dan cerah

Masih lagi bersepah...

Bersama Ida mengemas...

Anak tokey pun berkemas jugak...