Friday, 19 August 2011

Terapi Lintah @ Belleza Salon

Kaedah Rawatan Alternatif bagi resdung, migrain, awet muda, stress dan melancarkan peredaran darah Apabila disebut lintah, perasaan geli, takut dan gerun antara persepsi yang membayangi fikiran, khususnya wanita yang sememangnya ‘geli’ terhadap haiwan itu. Bentuk tubuh yang licin dan liat, dan dikenali sebagai ‘penghisap darah’ cukup untuk mengerutkan muka, apatah lagi jika diminta memegangnya. Bagi yang biasa, lintah boleh dikatakan sejenis haiwan unik.

Jika satu ketika dulu lintah hanya menghuni sawah padi, kini lebih 300 jenis atau spesies lintah dari seluruh dunia dicari, malah ramai menternaknya untuk tujuan komersial. Kelebihan yang ada pada lintah menjadikan haiwan itu ‘sasaran’ dan perhatian ramai.

Bukan hanya berupaya merawat sakit kepala (migrain), resdung atau kudis, tetapi juga pesakit kanser payu dara, sakit pinggang, senggugut, gout, strok, kencing manis dan darah tinggi. Menyedari khasiatnya, lintah hari ini digunakan dalam bidang perubatan, termasuk untuk proses pembekaman. Melalui cara itu darah kotor atau yang tidak diperlukan dalam badan boleh dibuang tanpa rasa sakit dan menyusahkan. Sama ada kepala, leher, badan atau kaki, lintah boleh diletakkan di mana saja untuk mengeluarkan darah kotor sambil seseorang itu melakukan pelbagai kerja sementara lintah menjalankan tugasnya. Percaya atau tidak, melalui proses itu, daripada bersaiz sebatang rokok, lintah boleh membesar dan bertukar saiz sehingga tiga kali ganda atau mencecah 20 sentimeter dengan kandungan darah kotor.

Sebenarnya saya telah sekian lama memendam rasa untuk berkongsi dengan semua pembaca berkenaan bagaimana kami di Belleza Salon membuat terapi lintah kepada pelanggan yang berminat untuk mendapatkannya. Walau bagaimanapun, peluang untuk mendapatkan 'model' bagi menjalani rawatan ini amatlah susah, tambahan pula terapi lintah dianggap sebagai rawatan peribadi bagi pelanggan yang tidak perlu dihebohkan...

...... Kebetulan Adik saya (Siti Aisyah) mempunyai sedikit masalah resdung dan telah menyatakan hasratnya untuk mencuba kaedah rawatan terapi lintah disamping bersedia untuk menjadi 'model' kepada terapi ini.... khas untuk dimasukkan ke dalam laman blog Belleza Salon...

Terima kasih kepada Siti Aisyah, seorang pelajar Matrikulasi UIA di dalam bidang Biologi... kerana sudi menjadi model Kak Ja (panggilan saya oleh keluarga). Peringkat permulaan, wajah Siti Aisyah dibersihkan dan dilapkan kering. Ruang mata Siti Aisyah ditutup menggunakan kain bersih sebagai langkah mengelakkan rembesan dari lintah atau darah dari luka memasuki mata.

Kaedah yang digunakan adalah menggunakan jarum yang disterilkan untuk melukakan lokasi kulit yang perlu diletakkan lintah. Darah yang dihasilkan melalui luka menjadi 'ignition' kepada lintah untuk menghisap darah diluka tersebut... Proses 'melekatkan lintah' ini hanya memakan masa lebih kurang 1 minit sahaja bagi setiap ekor lintah. Manakala bagi 4 ekor lintah, masa yang diperlukan untuk melekatkan kesemuanya adalah lebih kurang 5 minit sahaja.... seterusnya lintah dibiarkan memainkan peranannya yang tersendiri...

'Masa mula diletakkan lintah tu, rasa macam ada benda gigit kulit kakak (panggilan Siti Aisyah oleh saya)... gatal-gatal je', kata Siti Aisyah menceritakan pengalaman pertamanya mendapatkan terapi lintah. 'Sepanjang lintah hisap pun, memang terasa gatal sebab gigitan lintah... ', Untuk pengetahuan anda, seekor lintah mempunyai sejumlah +-100 gigi halus yang membantunya menghisap darah. Sebab itulah kalau nak cabut lintah susah sebab memang kuat ia melekat pada kulit. .... Kecuali apabila ia kekenyangan, maka lintah akan tercabut sendiri...

Bagi terapi 4 ekor lintah, masa yang digunakan adalah +- 1 1/2 jam... untuk membolehkan lintah jatuh sendiri kerana kekenyangan, seelok-eloknya tidak dicabut kerana dikhuatiri akan tertinggal gigi lintah pada kulit dan seterusnya menyebabkan kegatalan yang agak lama. Adalah diharapkan terapi lintah yang dibuat oleh Siti Aisyah akan menyembuhkan resdung beliau...

Sememangnya manusia hanya mampu berusaha dan merancang... dan sememangnya Allah yang menentukannya...