3/6 adalah merupakan Majlis Perkahwinan Adik Ipar saya, Siti Rasyidah (Kak Syidah) yang berlangsung di Pasir Mas, Kelantan. Memandangkan menantunya (saya) dah buka Salon kat KL, Emak Mertua meminta saya untuk membuat andaman pengantin bagi Majlis Akad Nikah dan Majlis Persandingan Kak Syidah. Sebenarnya, pada masa sekarang, Belleza Salon hanya menyediakan perkhidmatan solekan sahaja manakala kami masih belum mempunyai perancangan untuk membuat sewaan pakaian pengantin.
Jadi, balik kampung tempoh hari, Saya dan Kak Syidah ke Butik Pengantin di Pasir mas untuk memilih baju pengantin. Mujurlah pakaian yang disewa bersesuaian. Andaman dibuat dua kali iaitu semasa majlis Akad Nikah (malam 3/6) dan Majlis Persandingan pada 4/6. Alhamdulillah, percubaan solekan pengantin kali kedua ini memuaskan... (mungkin pembaca boleh komen mengenai ini, untuk penambahbaikan)... Foto-foto di bawah dirakam oleh suami saya.
Dan pada 11/6 akan datang, sekali lagi cabaran bagi Belleza Salon untuk membuat solekan pengantin bagi Kak Syidah untuk Majlis Sambut Menantu di Kuala Lumpur.... Suaminya orang KL...
Dan pada 11/6 akan datang, sekali lagi cabaran bagi Belleza Salon untuk membuat solekan pengantin bagi Kak Syidah untuk Majlis Sambut Menantu di Kuala Lumpur.... Suaminya orang KL...
Solekan Majlis Akad Nikah
Solekan Majlis Persandingan
Bersama Adik Ipar Tersayang...
No comments:
Post a Comment