Masih terus diberi tanggungjawab untuk membuat solekan Adik Ipar... Kak Syidah, dan ditambah lagi dengan permintaan untuk solekan biras-biras saya (Kakak ipar Kak Syidah) yang kebetulan membuat majlis persandingan bersekali dengan Syidah. Bagi Kak Syidah saya buat solekan pengantin manakala bagi kakak-kakak iparnya pula, saya buatkan solekan siang, yang dikhususkan untuk jamuan Hi-Tea, cuma ditebalkan sedikit bagi disesuaikan dengan majlis perkahwinan tersebut. Solekan bagi Kak Syidah agak lama sedikit.. sekitar 1 1/2 jam manakala bagi yang lain adalah lebih kurang 40 minit.
Terima kasih diucapkan kepada kesemua mempelai kerana memberikan tanggungjawab ini kepada Belleza Salon...
No comments:
Post a Comment