Sunday 27 November 2011

Apricon

APRICON adalah produk makanan kesihatan anti-kanser yang dikeluarkan oleh FARMAS HEALTH. APRICON mengandungi 100 peratus aprikot kernel yang dikisar halus setelah menjalani proses sinaran UV yang kaya dengan Vitamin B17, atau dikenali juga sebagai amygdalin atau Laetrile yang mampu membunuh sel-sel kanser dan merawat pesakit kanser yang kronik.

Vitamin B17 atau Laetrile juga mampu meningkatkan sistem imunisasi dan daya ketahanan tubuh badan serta mampu meningkatkan kecerdasan dan tahap kesihatan seseorang individu. Komponen Vitamin B17 atau Amgdalin yang terdapat dalam APRICON ini berfungsi sebagai agen kimoterapi semulajadi yang mampu melawan kanser secara efektif .

Berdasarkan kajian saintifik dan ujian klinikal yang dilaksanakan, B17 atau amgdalin yang terdapat dalam APRICON mampu merawat dan memulih masalah sistem metabolik dan menstabilkan sistem tubuh badan yang berfungsi secara tidak normal.

Keberkesanan APRICON dalam merawat dan mencegah pelbagai jenis penyakit kanser dan penyakit kronik yang lain telah jelas terbukti dan diakui ramai terutamanya para penguna yang telah menggunakan poduk APRICON ini. Antara khasiat APRICON ialah:

Ø  Mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit kanser seperti; Leukimia, kanser payudara, kanser Serviks, Kanser Otak, Kanser Hati, Kanser Tulang, Kanser Lympoma, Kanser Uterus, Kanser Perut, Kanser Prostat, Kanser Ovari, Kanser Colon, kanser Paru-paru, Kanser Usus, Kanser kulit dan lain-lain lagi
Ø  Mampu merawat penyakit kronik yang lain seperti penyakit Kencing Manis, Jantung, Darah Tinggi, Gout, Parkinson & Asma.
Ø  Mengurangkan berat badan, tekanan darah tinggi & Kolestrol dalam darah
Ø  mengimbangkan kandungan gula dalam darah
Ø  meningkatkan kesihatan mental & memori
Ø  membersihkan arteri
Ø  Mengurangkan masalah sakit sendi
Ø  Membantu masalah buasir
Ø  berfungsi sebagai tonic dan antioksidan yang dapat menyingkirkan toksin dalam badan.
Ø  membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.
Ø  Menyelesaikan masalah haid tidak teratur dan keputihan
Ø  mampu merawat masalah kulit seperti terdedah kepada sinaran Uv, gatal-gatal & alahan.
Ø  Menyelesaikan masalah jerawat dan resdung
Ø  Menghaluskan kulit
Ø  Anti penuaan.

Friday 19 August 2011

Terapi Lintah @ Belleza Salon

Kaedah Rawatan Alternatif bagi resdung, migrain, awet muda, stress dan melancarkan peredaran darah Apabila disebut lintah, perasaan geli, takut dan gerun antara persepsi yang membayangi fikiran, khususnya wanita yang sememangnya ‘geli’ terhadap haiwan itu. Bentuk tubuh yang licin dan liat, dan dikenali sebagai ‘penghisap darah’ cukup untuk mengerutkan muka, apatah lagi jika diminta memegangnya. Bagi yang biasa, lintah boleh dikatakan sejenis haiwan unik.

Jika satu ketika dulu lintah hanya menghuni sawah padi, kini lebih 300 jenis atau spesies lintah dari seluruh dunia dicari, malah ramai menternaknya untuk tujuan komersial. Kelebihan yang ada pada lintah menjadikan haiwan itu ‘sasaran’ dan perhatian ramai.

Bukan hanya berupaya merawat sakit kepala (migrain), resdung atau kudis, tetapi juga pesakit kanser payu dara, sakit pinggang, senggugut, gout, strok, kencing manis dan darah tinggi. Menyedari khasiatnya, lintah hari ini digunakan dalam bidang perubatan, termasuk untuk proses pembekaman. Melalui cara itu darah kotor atau yang tidak diperlukan dalam badan boleh dibuang tanpa rasa sakit dan menyusahkan. Sama ada kepala, leher, badan atau kaki, lintah boleh diletakkan di mana saja untuk mengeluarkan darah kotor sambil seseorang itu melakukan pelbagai kerja sementara lintah menjalankan tugasnya. Percaya atau tidak, melalui proses itu, daripada bersaiz sebatang rokok, lintah boleh membesar dan bertukar saiz sehingga tiga kali ganda atau mencecah 20 sentimeter dengan kandungan darah kotor.

Sebenarnya saya telah sekian lama memendam rasa untuk berkongsi dengan semua pembaca berkenaan bagaimana kami di Belleza Salon membuat terapi lintah kepada pelanggan yang berminat untuk mendapatkannya. Walau bagaimanapun, peluang untuk mendapatkan 'model' bagi menjalani rawatan ini amatlah susah, tambahan pula terapi lintah dianggap sebagai rawatan peribadi bagi pelanggan yang tidak perlu dihebohkan...

...... Kebetulan Adik saya (Siti Aisyah) mempunyai sedikit masalah resdung dan telah menyatakan hasratnya untuk mencuba kaedah rawatan terapi lintah disamping bersedia untuk menjadi 'model' kepada terapi ini.... khas untuk dimasukkan ke dalam laman blog Belleza Salon...

Terima kasih kepada Siti Aisyah, seorang pelajar Matrikulasi UIA di dalam bidang Biologi... kerana sudi menjadi model Kak Ja (panggilan saya oleh keluarga). Peringkat permulaan, wajah Siti Aisyah dibersihkan dan dilapkan kering. Ruang mata Siti Aisyah ditutup menggunakan kain bersih sebagai langkah mengelakkan rembesan dari lintah atau darah dari luka memasuki mata.

Kaedah yang digunakan adalah menggunakan jarum yang disterilkan untuk melukakan lokasi kulit yang perlu diletakkan lintah. Darah yang dihasilkan melalui luka menjadi 'ignition' kepada lintah untuk menghisap darah diluka tersebut... Proses 'melekatkan lintah' ini hanya memakan masa lebih kurang 1 minit sahaja bagi setiap ekor lintah. Manakala bagi 4 ekor lintah, masa yang diperlukan untuk melekatkan kesemuanya adalah lebih kurang 5 minit sahaja.... seterusnya lintah dibiarkan memainkan peranannya yang tersendiri...

'Masa mula diletakkan lintah tu, rasa macam ada benda gigit kulit kakak (panggilan Siti Aisyah oleh saya)... gatal-gatal je', kata Siti Aisyah menceritakan pengalaman pertamanya mendapatkan terapi lintah. 'Sepanjang lintah hisap pun, memang terasa gatal sebab gigitan lintah... ', Untuk pengetahuan anda, seekor lintah mempunyai sejumlah +-100 gigi halus yang membantunya menghisap darah. Sebab itulah kalau nak cabut lintah susah sebab memang kuat ia melekat pada kulit. .... Kecuali apabila ia kekenyangan, maka lintah akan tercabut sendiri...

Bagi terapi 4 ekor lintah, masa yang digunakan adalah +- 1 1/2 jam... untuk membolehkan lintah jatuh sendiri kerana kekenyangan, seelok-eloknya tidak dicabut kerana dikhuatiri akan tertinggal gigi lintah pada kulit dan seterusnya menyebabkan kegatalan yang agak lama. Adalah diharapkan terapi lintah yang dibuat oleh Siti Aisyah akan menyembuhkan resdung beliau...

Sememangnya manusia hanya mampu berusaha dan merancang... dan sememangnya Allah yang menentukannya...

Monday 25 July 2011

Model Tudung Fareeda

Diberikan tanggungjawab untuk membuat solekan bagi salah seorang peserta Pertandingan Model Tudung Fareeda 2011 tempoh hari... Teringat masa jadi peserta dulu....


Tuesday 12 July 2011

Secotek Emas... Daun Mas Cotek

Dulu masa baru-baru kahwin, saya ada membuat perniagaan kecil-kecilan di rumah dengan menjual daun Mas Cotek. Bekalan yang diperolehi pada masa tu adalah dari Pontian, Johor yang kebetulan 'tokey'nya adalah member kepada suami. Pada masa tu... sekitar tahun 2004-2005, harga daun Mas Cotek adalah mahal iaitu RM80.00 sekilogram. Semasa dapat bekalan, daun dihantar dalam karung plastik besar... macam plastik sampah yang warna hitam... biasa sebungkus tu baru 2 atau 3 kilogram. Kemudian saya masukkan ke dalam bekas plastik lut sinar... bekas tapau tu. Kami letakkan tag dan maklumat berkenaan daun tersebut. Maklumat kat bawah ni sebenarnya suami saya yang buat.... nak tolong isteri katakan... Design pakai Power Point je masa tu... Tak pandai lagi Photoshop....

Dua kilogram daun Mas Cotek (Sekilo daun jantan dan sekilo daun betina) digaul rata bagi dan dengan kombinasi tersebut barulah air rebusan Mas Cotek menjadi supplement terbaik untuk dimunum. 2 kg daun boleh memuatkan 100 bekas plastik, dan setiap bekas plastik saya jual dengan harga RM5.00 satu bekas. Permintaan cukup baik, kebiasaannya kenalan, sahabat dan saudara mara yang membelinya. Bayangkan keuntungan yang diperolehi pada masa tersebut, berbekalkan modal RM160.00 (daun), RM30.00 (bekas) dan RM10.00 (pamplet)... saya boleh membuat jualan sebanyak RM500.00 dengan keuntungan bersih sebanyak RM300.00 bagi setiap 2 kilogram daun Mas Cotek...

Sebenarnya sebelum menjual daun ni, saya testkan kepada diri saya dulu. Kebetulan, baru je bersalin anak pertama... Naim Dzulqarnain, saya berpantang dan menggunakan air rebusan daun Mas Cotek sebagai minuman utama ketika itu, Alhamdulillah proses pengecutan rahim agak cepat dan berat badan juga senang kembali kepada berat asal.

Cuma pada masa sekarang, market value daun mas cotek cukup menurun, mungkin kerana terlalu banyak supply di pasaran, mungkin juga dengan timbulnya produk-produk baru seperti Misai Kucing, Mahkota Dewa dan lain-lain. Harga terkini yang saya tahu ialah RM 15.00 bagi sekilogram daun Mas cotek.

Sehingga kini saya masih lagi menggunakan air rebusan daun Mas Cotek sebagai supplement saya... dan dah tak menjual dah... tak sempat....

Monday 11 July 2011

Promo Julai/Ogos @ Belleza Salon

Bagi Bulan Julai dan Ogos, Belleza Salon telah membuat senarai harga baru bagi Perkhidmatan Gunting Rambut dan Penjagaan Muka dan kami yakin akan senarai harga ini mampu menarik minat anda ke Outlet kami. Jangan segan dan malu untuk berkunjung ke Outlet kami.

Bagi pelanggan yang ingin membuat appointment atau bertanya dengan lebih lanjut, sila hubungi Puan Liza 012-6663844 (Consultation/Product Briefing) atau Puan Lily/Cik Nabila 014-2310002 (Facial Treatment/Hair Cut).




Tuesday 28 June 2011

Operasi Alih Signboard Belleza Salon

Asal signboard Belleza Salon berada di siling kedai, Jadi saya berpandangan bahawa kedudukan signboard ni macam tidak menarik dan agak terlindung untuk dilihat oleh orang ramai yang berada di jalan raya. Jadi setelah berbincang dengan suami dan staf-staf, kami membuat keputusan untuk mengalihkan kedudukannya dan diletakkan di bumbung outlet kami. Tambahan pula banner promosi gunting rambut juga dilihat menutup signboard...

Macam biasa, projek ini diserahkan kepada Zee dan Jal (budak-budak Eriy Hardware) yang sentiasa bersedia membantu saya di dalam aspek renovation... kasihan jugak tengok mereka berada di atas bumbung dengan panas dan matahari terik... berpeluh-peluh dibuatnya.

Selepas 3 hari, signboard dah pun dinaikkan ke atas.... terima kasih kepada Zee, Jal dan suami yang mengambil gambar untuk dimuatkan di dalam Blok Belleza Salon....

Kedudukan asal...

Signboard dilindungi oleh banner gunting rambut

Proses mengukur dan membuat kedudukan yang sesuai...



3 hari kemudian....  dah siap dah

Dari jauh dah nampak.... ok la tu..

Tuesday 14 June 2011

Cabaran #2/1 @ Belleza Salon

Masih terus diberi tanggungjawab untuk membuat solekan Adik Ipar... Kak Syidah, dan ditambah lagi dengan permintaan untuk solekan biras-biras saya (Kakak ipar Kak Syidah) yang kebetulan membuat majlis persandingan bersekali dengan Syidah. Bagi Kak Syidah saya buat solekan pengantin manakala bagi kakak-kakak iparnya pula, saya buatkan solekan siang, yang dikhususkan untuk jamuan Hi-Tea, cuma ditebalkan sedikit bagi disesuaikan dengan majlis perkahwinan tersebut. Solekan bagi Kak Syidah agak lama sedikit.. sekitar 1 1/2 jam manakala bagi yang lain adalah lebih kurang 40 minit.

Terima kasih diucapkan kepada kesemua mempelai kerana memberikan tanggungjawab ini kepada Belleza Salon...





Sunday 12 June 2011

Lesson to Learn : Facial treatment ends in nightmare

Extracted from the Star... 25 Mac 2008...

KUALA LUMPUR: When bank executive Chey Pik Yock signed up for a facial treatment package in November last year, she never imagined she would end up with badly damaged skin. The treatment left her once clear skin covered with acne and scars, she said, adding that the painful procedure also caused her forehead and cheeks to swell with a burning sensation. “During each of those treatments, which lasted from 45 minutes to an hour, the beautician would poke and squeeze out my pimples, which was very, very painful.

“When I complained of the pain, she told me that it was a normal procedure, and that the pain and swelling would subside within two or three days,” she told a press conference held by MCA Public Services and Complaints Department head Datuk Michael Chong. Chey, 25, had signed up for the facial treatment package at a salon in Kota Damansara to clear up minor pimples on her face. The total package cost her RM1,499 for eight facial treatments, and she had paid RM700. “After the first treatment, I was shocked to see my forehead and cheeks red and swollen, but the beautician told me it was normal.
 
“The beautician also sold me some products (sun block, skin action sebum gel and skin purifying masque) for RM360 which she said would help improve my skin’s condition,” she said. In January, Chey returned to the salon twice hoping that her skin condition would improve, but instead it worsened with her skin breaking out in acne vulgaris. On Feb 4, a doctor diagnosed her condition as “acute allergic reaction” to the facial treatment. Chey called the beauty salon asking for a refund, “but until now, the salon manager has yet to get back to me.” Chong said he received five similar cases last year, adding that he would contact the beauty salon involved to get a refund.

Before and after: Chey holding up a picture of herself before she signed up for the treatments (right) and another showing her forehead covered with acne.

p/s : Kalau nak jadi beautician, perlulah mempunyai elemen responsibility dan accountability yang kuat ke atas segala apa tindakan yang dibuat. Di samping itu juga, penggunaan produk juga kenalah betul... dan yang paling penting perlulah halal..... Ye la apa yang kita buat tu kat atas muka orang, badan orang, bukannya kita baiki handphone ke, komputer ke... yang tu boleh digodek-godek... kalau tak kena, betulkan balik, lepas tu baiki balik....

..... sekadar peringatan kepada diri sendiri...

Thursday 9 June 2011

Cabaran #2 @ Belleza Salon

3/6 adalah merupakan Majlis Perkahwinan Adik Ipar saya, Siti Rasyidah (Kak Syidah) yang berlangsung di Pasir Mas, Kelantan. Memandangkan menantunya (saya) dah buka Salon kat KL, Emak Mertua meminta saya untuk membuat andaman pengantin bagi Majlis Akad Nikah dan Majlis Persandingan Kak Syidah. Sebenarnya, pada masa sekarang, Belleza Salon hanya menyediakan perkhidmatan solekan sahaja manakala kami masih belum mempunyai perancangan untuk membuat sewaan  pakaian pengantin.

Jadi, balik kampung tempoh hari, Saya dan Kak Syidah ke Butik Pengantin di Pasir mas untuk memilih baju pengantin. Mujurlah pakaian yang disewa bersesuaian. Andaman dibuat dua kali iaitu semasa majlis Akad Nikah (malam 3/6) dan Majlis Persandingan pada 4/6. Alhamdulillah, percubaan solekan pengantin kali kedua ini memuaskan... (mungkin pembaca boleh komen mengenai ini, untuk penambahbaikan)... Foto-foto di bawah dirakam oleh suami saya.

Dan pada 11/6 akan datang, sekali lagi cabaran bagi Belleza Salon untuk membuat solekan pengantin bagi Kak Syidah untuk Majlis Sambut Menantu di Kuala Lumpur.... Suaminya orang KL...

Solekan Majlis Akad Nikah

Solekan Majlis Persandingan

Bersama Adik Ipar Tersayang...

Tuesday 24 May 2011

Angkat Poster Gunting Rambut...

Untuk dikongsi bersama foto-foto semasa poster baru Gunting Rambut di Belleza Salon tempoh hari. Terima kasih kepada Zie (Eriy Hardware) dan Mat (Adik) yang sudi membantu Belleza Salon di dalam membuat promosi terbaru kami......




Sunday 22 May 2011

Cabaran Pertama di Belleza Salon...

Suatu petang, Outlet kami didatangi oleh seorang pelanggan yang sedang membuat persiapan majlis pertunangannya dan juga mencari 'mak andam' yang boleh membuat make up bagi majlis tersebut. Cik Farah, seorang kakitangan Kerajaan... cantik orangnya, kebetulan singgah di outlet kami untuk membeli produk peribadinya. Kebetulan perbualan kami semakin panjang dan terarah kepada make up pengantin. Cik Farah juga berminat untuk mencuba gaya make up kami dan bersetuju untuk membuat hiasan pengantin bagi majlis pertunangannya minggu hadapan. Sebenarnya Cik Farah adalah orang yang pertama yang mencuba andaman pengantin di outlet kami...

Kepada Cik Farah... Terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada Belleza Salon bagi menyempurnakan make up untuk hari bersejarah anda.... dan tahniah di atas petunangan anda...



Wednesday 18 May 2011

Spa & Salon Penjara Wanita Kajang...

Sekadar ingin berkongsi dengan rakan-rakan yang sudi membaca blog Belleza Salon...

Spa & Salon Penjara Wanita Kajang

Di sebalik pagar berkerawat tajam dan pegawai penjara yang bersenjata api, pakar kecantikan di spa penjara Malaysia pertama sedang sibuk melayan pelanggan di bawah pengawasan warden. Biarpun dikawal ketat, spa berinovasi yang dihias gaya Bali itu tetap sibuk beroperasi, dan pada masa yang sama menjanjikan peluang kepada penghuni untuk memulakan hidup baru sebaik saja mereka melangkah keluar dari penjara wanita terbesar negara itu kelak. "Saya tidak takut langsung kerana saya percaya banduan-banduan ini dilatih dengan baik untuk melayan pelanggan dan keselamatan kami terjamin," kata Noor Aliza Osman, 45, yang datang ke spa Penjara Wanita Kajang itu buat kali kedua.

"Spa di sini selesa. Harganya juga berpatutan dan saya tidak perlu menunggu lama untuk mendandan rambut saya seperti di salon-salon lain," kata ibu kepada empat orang anak itu yang berkunjung ke spa itu untuk mendapatkan khidmat banduan berusia 30 tahun, Farah, untuk mewarnakan rambutnya.

Pelanggan tetap

Dengan rambut yang diikat kemas ke belakang dan mengenakan jaket serta seluar panjang hijau yang longgar, Farah kelihatan sama seperti mana-mana pakar kecantikan. Dia hanya dapat dibezakan melalui nombor pengenalan banduan yang tersulam pada uniformnya itu. "Saya bersyukur kerana mendapat peluang ini dan kini saya sudah ada pelanggan tetap di sini, sehinggakan ada yang baik hati menawarkan saya agar bekerja dengan mereka selepas saya keluar dari sini kelak kerana mereka sudah biasa dengan kerja saya," katanya sambil tersenyum. "Pengalaman ini amat bernilai dan saya sudah mempelajari kemahiran yang berguna di sini. Saya sedang mempertimbangkan untuk membuka spa sendiri kalau saya mempunyai wang yang mencukupi sebaik saja dibebaskan."

Farah - menggunakan nama panggilan yang ditetapkan pihak berkuasa penjara - merupakan rakyat Indonesia yang sebelum ini bekerja sebagai pelayan restoran. Dia tinggal di Malaysia melebihi tempoh visanya dan dihukum penjara selama setahun.

Perlu melalui empat poin pemeriksaan keselamatan setiap pagi untuk ke salon itu dari bilik tahanan yang terletak beberapa ratus meter dari situ, Farah ialah salah seorang daripada tujuh banduan yang kini bekerja di spa itu.

Perkhidmatan

Sebaik saja memasuki bangunan yang dipenuhi bau-bauan harum minyak beraroma, mereka dibenarkan untuk bergaul bebas, berborak dan ketawa bersama pelanggan sepanjang bekerja selama sembilan jam di bawah pengawasan tiga orang warden. Hanya banduan yang tidak melakukan kesalahan yang serius atau kejam akan diambil untuk sebarang jawatan di spa itu. Kira-kira 60 peratus daripada 1,600 banduan di penjara itu terdiri daripada warga asing dan kebanyakan daripada mereka ialah rakyat Indonesia yang didakwa dengan kes imigresen.

Salon itu sudah menerima sejumlah pelanggan tetap sejak dibuka akhir tahun lalu, menawarkan perkhidmatan kecantikan dari hujung rambut hingga hujung kaki seperti rawatan muka, kuku, urutan refleksologi kaki dan urutan dengan caj serendah RM30. "Reaksi yang kami terima sangat menggalakkan sehingga kini," kata Ketua Inspektor Penjara, Fauziah Husaini. "Pada mulanya ramai yang teragak-agak untuk datang ke penjara tetapi program ini akan dapat mengubah penerimaan orang ramai terhadap banduan dan menjadikan mereka lebih mudah diterima oleh masyarakat pada masa depan," katanya.

Tahanan yang bekerja di spa itu dibayar sejumlah kecil elaun, dan pendapatan yang diperoleh melalui perniagaan itu selebihnya digunakan untuk membantu program pemulihan lain seperti kelas memasak dan menjahit. "Pada dasarnya kami membantu mereka (banduan) untuk mempersiapkan diri agar dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat selepas mereka keluar dari penjara. Kami juga berharap program ini dapat mendedahkan aktiviti di sebalik pagar penjara kepada orang awam," kata Fauziah.

"Ia sebenarnya tentang memperkaya diri dan memberi keyakinan diri kepada banduan. Idea itulah yang melahirkan spa ini."




  
Ihsan Dari Harian Metro dan www.kakinak.com...

p/s : Kalau ada rezeki, ingat nak bawa Ieda dan Ieka (staf saya) buat massage kat sana... bagi morale boaster sikit...

Ruang Gunting Rambut Belleza Salon

Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana bentuk/rupa tempat gunting rambut kat Belleza Salon ye. Baru sahaja disiapkan... banyak juga kena buat... pasang water heater, tempah kerusi cuci rambut (1 unit), kerusi gunting (2 unit), cermin, gunting dan pelbagai lagi peralatan yang diperlukan bagi memboleh perkhidmatan ini beroperasi dengan lancar. Sebenarnya persiapan berjalan selama hampir 2 minggu dan pada awal bulan Mei, ianya telah siap sepenuhnya dan bersedia memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.

Alhamdulillah... setiap hari lebih 10 pelanggan datang berkunjung untuk mendapatkan perkhidmatan ini. So far so good... tiada masalah besar, cuma kerusi sekarang terlalu tinggi untuk kanak-kanak, jadi kena dapatkan idea untuk menyelesaikan masalah tersebut...














Sunday 15 May 2011

Jom Gunting Rambut Kat Belleza Salon

Sebenarnya  niat untuk memberikan perkhidmatan gunting rambut kepada kaum wanita terutama muslimah yang mementingkan penjagaan aurat telah saya pendamkan semenjak dari membuka perniagaan ini. Daripada hari pertama Belleza Salon dibuka sentiasa ada pertanyaan daripada pelanggan.... ada perkhidmatan gunting rambut tak? gunting rambut buat tak kak? Kalau gunting rambut kat sini boleh tak akak?... Itulah sebahagian pertanyaan berkenaan gunting rambut yang sentiasa kami jawab.... nanti kita akan buat.... Dan kebanyakan yang bertanya adalah wanita-wanita yang mementingkan nilai-nilai adab sopan serta tahu kepentingan menutup aurat daripada dilihat oleh kaum lelaki yang bukan muhrim.... Terpanggil dengan keperluan ini.... akhirnya kami telah berjaya juga melengkapi Belleza Salon dengan perkhidmatan guntingan rambut.... KHAS UNTUK WANITA SAHAJA....

Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan kami... jangan segan-segan, jangan malu-malu silalah berkunjung ke Belleza Salon ... Kepada yang membawa suami/pasangan pula, Kedai Gunting Rambut NIA ada di sebelah kami untuk mereka mendapatkan perkhidmatan gunting rambut...


Wednesday 11 May 2011

Peta Ke Belleza Salon

Assalamualaikum, kami memohon maaf kepada para pelanggan sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk sampai ke Outlet kami. Di bawah ini adalah peta ringkas ke sana sama ada anda dari Putrajaya atau dari Bandar Baru Bangi... Insyaallah tidak susah untuk sampai ke sini...

Selamat Datang Kami Ucapkan...