Sunday 13 March 2011

Belleza Salon... Suatu Pengenalan

Assalamualaikum...

Selamat datang ke blog BellezaSalon. Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan kemaafan kepada anda semua kerana mendapati blog ini masih lagi di dalam pembinaan. Sebenarnya Salon ini telah beroperasi semenjak 1 Mac 2011 yang dahulunya menggunapakai nama Jelita Mas Beauty. Anda mungkin pernah mendengar nama ini terutama bagi yang tinggal di Bandar Baru Bangi. Lokasi operasi BellezaSalon adalah di Arma Square, Sungai Merab... berhampiran Institut Perguruan Islam, Bangi. Pada masa sekarang, kami menyediakan perkhidmatan penjagaan muka dan penjualan produk, manakala pada masa akan datang insyaallah perkhidmatan urutan dan penjagaan rambut bagi wanita juga akan diperkenalkan.

Pertama sekali saya memperkenalkan diri saya... Saya Puan Noraliza Abdullah dan sekarang bekerja sebagai guru kecantikan (Matapelajaran Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut atau PMDR) di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang. Mempunyai pengalaman di dalam bidang ini selama 4 tahun dan bercita-cita untuk menceburi perniagaan perkhidmatan kecantikan.

Sebenarnya permulaan fasa perniagaan ini adalah daripada bawah dengan berbekalkan pengetahuan serba sedikit serta sokongan suami dan keluarga tersayang... Insyaallah kami akan berkembang dan maju di dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan dan kecantikan kepada kaum hawa.

Jadi janganlah segan dan malu untuk singgah di Salon kami, mungkin keperluan anda dapat kami penuhi...

Bilik Rawatan... dengan dua katil rawatan..

Ruang menunggu..


No comments:

Post a Comment